Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cuit sikit politik

Membantu Menyebarkan Fitnah

Sifat seorang pemimpin ialah memimpin ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tanggungjawab seorang pemimpin itu besar. Bukan nya membawa si penyampai berita yang tidak di ketahui hujung pangkal nya untuk di hidangkan berita yang samar-samar kebenaran itu kepada rakyat. Apatah lagi bila seorang pemimpin itu memakai gelaranustaz atau al-hafiz. Saya tidak kata UMNO itu salah dan PAS itu betul atau pon PAS itu salah dan UMNO itu betul. Ini adalah dua parti Melayu dan Islam. UMNO memartabatkan Melayu untuk Islam dan Pas Memartabatkan Islam Untuk Melayu. Di dalam peredaran masa dan negara menuju menjadi maju hari ini adalah lebih baik membawa kepada politik Idea, di kaya kan dengan hujah yang bernas dan berfakta. Mendidik masyarakat supaya berfikir. Jangan lah memandulkan akal fikrah masyarakat dengan politik lucah dan selak kain. Menyebarkan fitnah dan membantu menyebarkan fitnah dalam masyarakat harus lah di hentikan. Kita perlu membawa politik baru kepada masyarakat, terutamanya ma...

Ahli politik Singapura undur pabila kalah, ahli politik Malaysia lain ceritanya

Saya menghormati sikap ahli politik Singapura yang kalah pada pilihan raya republik itu baru-baru ini yang bukan sahaja menerima kekalahannya dengan tenang tetapi mengambil keputusan untuk terus bersara daripada politik. Brig-Jen George Yeo, Menteri Luar Singapura dan salah seorang yang pernah disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri republik itu, gagal mempertahan kerusi GRC Aljunied yang diwakilinya. Kekalahan beliau dan rakan-rakan GRCnya adalah yang pertama membabitkan seorang menteri kanan dan turut memeranjatkan kepimpinan PAP yang memerintah. Sebelum memegang portfolio Kementerian Luar, beliau menerajui Kementerian Penerangan dan Kebudayaan. Mantan panglima tentera Singapura itu dilihat sebagai seorang 'gentleman' dalam politik Singapura dan ada ketikanya dikatakan mampu menggugat kedudukan PM Lee Hsien Loong. Mungkin itulah antara sebab kenapa Lee Kuan Yew enggan bersara kerana dia mahu mempertahankan kedudukan anaknya itu. Tindakan BG Yeo bersara daripada pol...

Kenapa perkataan "POLITIK" menjadi bahan perumpamaan

Dah 3 hari gua tak layan blog ni, busy sikit nak kena settle 2-3 proposal yang nak kena hantar this coming week...hmmm..proposal....proposal...proposal....tapi alhamdullilah tadi dah siap 90% - 1, tinggal lagi 2 nak kena habiskan sebelum client panggil for presentation. Tadi petang gua tengah minum nescafe kat bawah ofis, tiba tiba ada orang tepuk belakang gua, terkejut jugak gua, rupa rupanya sahabat lama, dekat setahun gak la tak jumpa dia.. so dia pun join la gua minum, panjanglah jadinya cerita dekat 2 jam la jugak melayan dia, macam macam cerita topik cerita, tapi mostly about about kerja & member member lama yang dia pun dah lama tak jumpa. So lepas dia balik tu, wa pun naik atas sambung keje, tapi gua teringat pasal dia cakap dia baru berhenti kerja, katanya banyak sangat POLITIK, dari orang atas, dulu dia keje hotel pun sama gak POLITIK banyak sangat...tapi wa dengar je lah apa yang dia cerita...orang atas itu, orang atas ini....im a good listener, no worries Ok ni s...

Mencari Hantu

Imej
1. Setiap hari bertemu hantu di TV, memang membosankan. Hantu adalah subjek ketakutan yang belum tentu sahih akan kebenarannya. Memberi kesan emosi agar melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Majoriti ramai yang takut hantu tetapi mereka juga belum pernah berjumpa hantu.   2. Apakah penarafan hantu yang popular? Seingat saya hantu yang paling popular ialah:- Hantu kopek / tetek - Menyerupai perempuan tua yang akan menculik kanak-kanak yang bermain di waktu Maghrib. Kanak-kanak akan disembunyikan di teteknya. Sifat politik - menyembunyikan pengundi. Hantu Kum-Kum - Hantu yang memakai telekung dan akan mengetuk pintu rumah. Lafaz kum-kum kerana tidak boleh menyampaikan salam. Berpunca dari wanita tua yang ingin meminum darah untuk menjadi cantik. Sifat politik - Menyembunyikan masalah moral hanya untuk tampil wibawa. Toyol - Budak kecil berbogel, bergigi tajam dan berkemahiran mencuri wang. Makanan kegemaran ialah darah ibu jari kaki tuannya. Sifat politik- Wang segalanya, ...

KDNK 7.2%: Adakah ia membuat rakyat@makan gaji tidur lebih nyenyak?

Perdana Menteri  telah bangga nya  mengumumkan  yang  negara telah  melaksanakan  jauh lebih baik  daripada  ramalan  asalnya  satu  6% KDNK. Tidak mengapa   jika  negara jiran  yang tidak mempunyai  air ,  tiada tanah  mahu pun  minyak  memanjat  14.5%  manakala Malaysia  mencatat paras  7.2% untuk  akhiran  tahun 2010 . Yang Berbahagia  Perdana Menteri  telah  juga mengecam  rakyat Malaysia kerana  rungutan  harga makanan  keperluan  meningkat . Dia  tahu  yang  rakyat Malaysia  menuduh  BN  untuk  kenaikan kos   kehidupan harian . Adakah kita  merayakannya ?  Adakah kita  ketawa ?  Adakah kita  menangis ? Atau  adakah kita hanya  diam  dan  pergi masuk tidur ? Yang pertama bagaimana bebanan rakyat  yang makan gaji   bertam...