e'Komik !!!...WUHUU Online...Edisi 05..Suka Kartun?? ni dia...FREE....PERCUMA...tak reti..reti lagi

wow...kata husin lempoyan.....

sekarang ni banyak syarikat tempatan telah mengorak langkah dengan menerbit e-komik secara online, kalau sebelum ini saya tampilkan e'Komik berdasarkan genre Epik-PERMATA LAUT SILAN, hari ni saya tampilkan satu lagi produk tempatan ber "genre" kan Kartun.

Wuhuu Online mula beroperasi dilaman web pada 01 Mac 2011 lalu.

Wuhuu e-Komik ini diterbitkan 2 edisi sebulan pada diterbitkan edidi terbaru setiap Jumaat...check it out brader,  setakat ini telah Wuhuu e-Komik telah pun menerbit  Wuhuu e-Komik Edisi 05...so productive, proud of it.

Layan jangan tak layan kat sini http://wuuhuuonline.com/....tak layan rugi nanti..percuma brader.
tengok justin bieber pakai baju melayu & pegang petai....


ni press release from netxpert sdn bhd (tuan tanah eKomik ni)

Perkembangan pesat dunia IT menjadi pendorong utama kepada NETXPERT SDN. BHD. mengorak langkah dalam industri e-penerbitan. Wuhuu Online di wujudkan sebagai sebuah portal bagi majalah-majalah yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan hiburan berbentuk online. Netxpert Sdn Bhd percaya bahawa dunia e-pernerbitan mempunyai potensi untuk berkembang di mana majalah-majalah ini boleh di baca oleh komuniti online seluruh dunia. Dunia pembacaan kini boleh di terokai dalam dunia maya menggunakkan konsep flash di mana pembaca online mampu menyelami pengalaman membaca yang sama seolah-oleh mereka membaca majalah fizikal. E-penerbitan juga merupakan inisiatif Netxpert Sdn Bhd dalam menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan penggunaan kertas bagi memelihara alam sekitar. Di samping itu e- penerbitan juga mampu mengurangkan penggunaan dakwat cetak dan bahan api untuk pengangkutan serta tidak memerlukan stor penyimpanan. NETXPERT SDN. BHD. melaksanakan peranannya selaku syarikat yang mempunyai VISI untuk menjadi salah satu Portal e-penerbitan mesra alam yang  dikenali di dunia.
Netxpert Sdn Bhd yang telah mula beroperasi sejak tahun 1997 memiliki kepakaran dan kemudahan dalam bidang IT sangat yakin bahawa percaturan dalam dunia e-penerbitan ini takkan sia-sia kerana ia boleh menjadi platform kepada pihak ketiga yang berminat untuk menerbitkan majalah mereka di dalam portal mereka. Tambahan pula, akses internet mampu menyebarkan bahan-bahan berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan hiburan buat masyarakat global secara lebih cepat. Oleh yang demikian, beberapa segmen dan jenis penerbitan telah dikenalpasti  termasuklah:

i.               Cybertainment     -  Membawakan pelbagai bentuk hiburan

ii.              Cyberknowledge  -  Mengandungi pelbagai pengetahuan berguna

                                           untuk masyarakat

ehh...man bai pun ada...

Langkah pertama  NETXPERT SDN. BHD. bermula dengan penerbitan Wuuhuu Online E-komik yang memaparkan kartun karya pelukis tempatan, yang telah mula disiarkan di dalam portal pada 1 hb. Mac 2011 lalu. Kartun karya kartunis Indonesia juga bakal dimuatkan dalam keluaran-keluaran yang akan datang. Majalah pertama terbitan Wuuhuu ini telah mendapat respon menggalakkan daripada peminat-peminat komik tanah air. Malah capaian akses e-komik ini telah menjelajah hingga ke Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Rantau Arab, Norway malah mungkin ke seluruh dunia. Manakala lain-lain penerbitan yang sedang diusahakan dan bakal terbit di dinyatakan seperti berikut:

1.    WuuhuuFeMag ( e-penerbitan untuk wanita )

2.    WuuhuuFeMum ( e-penerbitan Keibubapaan )

3.    WuuhuuDeko ( e-penerbitan Interior Design )

4.    WuuhuuYaahoi! ( e-penerbitan Kartun kedua )

NETXPERT SDN. BHD. Juga mempunyai laman komuniti portal sendiri yang telah di lancarkan setahun yang lepas. Kini MyFriends2u.com mempunyai ahli sekitar 100,000 orang dari 61 negara. Kemampuan MyFriends2u menembusi pasaran Amerika Syarikat merupakan satu kebanggaan buat mereka.  Dan ketika dunia di kejutkan dengan kekecohan yang berlaku di Mesir, komunikasi melalui MyFriends2u merupakan antara salah satu cara mereka mendapat informasi mengenai pelajar-pelajar Malaysia di sana. MyFriends2u juga terus berkembang hingga ke hari ini kerana mereka mendapat kira-kira 500 pendaftaran baru setiap hari. Aplikasi-aplikasi seperti penulisan blog peribadi dan MyDebate online menggalakkan ahli-ahlinya mengexpresikan diri dan berinteraksi sesame mereka. Selain itu MyFriends2u juga mempunyai produk khas untuk penuntut university iaitu ULife dan buat peniaga-peniaga kecil MyMarket Place adalah platform untuk ahli berniaga secara online. Pendek kata MyFriends2u adalah platform untuk pelbagai lapisan masyarakat tak kira yang muda atau yang tua. MyFriends2u yang mensasarkan golongan gen Y sentiasa beruasaha untuk memberi pendekatan-pendekatan yang berfaedah agar masa yang di luangkan di laman komuniti portal ini tidak di habiskan dengan sia-sia.

Kini setelah banyak penambahan aplikasi dan pembaharuan infra yang di lakukan oleh Netxpert Sdn Bhd, MyFriends2u dan Wuuhuu Online telah bersedia untuk menerima iklan-iklan online untuk di muatkan di dalam majalah-majalah online mereka dan di laman komuniti portal mereka. Iklan online adalah lebih interaktif dan menarik. Sebagai promosi awal, sebarang iklan akan mendapat harga istimewa dan akan di paparkan di portal Wuuhuu Online dan juga di laman komuniti portal MyFriends2u. Untuk keterangan lanjut, sesiapa yang berminat boleh menghubungi pihak MyFriends2u atau Wuuhuu Online dan bercakap dengan pegawai perhubungannya Sophia Binti Amir Hamzah di talian 017-391 3566 atau Aida Husin selaku pengelola dari Mewah Events di talian 012-216 6873.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita