Gaji dan Elaun CEO TNB 2 tahun lepas!!

Berdasarkan gambar di atas, jelas Dato' Sri Che Khalib b. Mohamad Noh di bayar Gaji  sebanyak RM1,107,280.00 . Bayangkan sekiranya kita (orang kebanyakan) berada di tempat beliau.

Persoalan yang sering bermain di minda kita, sanggupkah kita menerima gaji sebanyak itu sedangkan ramai lagi rakyat tidak mampu menjelaskan bil elektrik

Saya mengingatkan kembali kejadian pada 9 Ogos 2007 di Kluang Johor.

KLUANG 9 Ogos — Lima sekeluarga terbunuh apabila rumah berkembar mereka di Kampung Tengah di sini hangus dijilat api awal hari ini, yang dipercayai berpunca daripada api lilin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kluang, yang terbunuh ialah Kasmuri Jasman, 44, isterinya Sufiah Abdul Karim, 41, dua anak lelaki mereka, Hishamuddin, 13, dan Nizammuddin, 9, serta anak perempuan, Nurul Macella, 8.

Penghuni rumah sebelah, sepasang suami isteri yang tidak dikenali berusia 60an dan seorang kanak-kanak, terselamat dalam kejadian yang berlaku pukul 3.55 pagi.

Jurucakap bomba itu berkata, mayat Kasmuri yang rentung dijumpai bersama mayat anaknya, Hishammuddin di dalam bilik air rumah kayu setingkat itu.

Mayat Hishammuddin dijumpai tersorok di bawah singki bilik air itu.
Mayat Sufiah dijumpai menindih anak bongsunya, Nurul Macella manakala mayat Nizammuddin di sisi mereka.

Mayat kesemua mangsa yang rentung dalam kebakaran itu dibawa ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.

Jiran keluarga itu, Jamliah Osman, 60an, yang ditemui di tempat kejadian berkata, keluarga itu menggunakan lilin setelah bekalan elektrik di rumah mereka dipotong lima hari lepas.

Katanya, Kasmuri bekerja sebagai pembuat jubin di sebuah kilang jubin di sini manakala Sufiah seorang pembantu kedai makan.-Bernama 



Adakah fungsi TNB hanya sekadar mengaut keuntungan? Tidak bolehkah sebilangan penduduk miskin seperti ini diberikan sedikit pertimbangan kemanusian lebih-lebih lagi pesara kerajaan yang berpencen kecil?

Ini menunjukkan TNB tidak pernah menunjukkan belas kasihan kepada rakyat yang miskin, dengan untung berbilion ringgit setahun

Yang pastinya tarif elektrik akan naik 7% mulai 1 Jun 2011 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita