Muhasabah 'Session' - Macamana Nak Settle Problem

Tidak kiralah orang tua, orang muda, semuanya sama. Terlupa atau terkeliru mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Agak malang apabila cara kita menyelesaikan masalah itu menyebabkan yang salah dikatakan benar, yang benar dikatakan salah. Jadi, macam mana cara untuk menyelesaikan masalah sebenarnya?
 Kita gambarkan masalah itu seperti sebatang pokok. Pada permulaannya ia seperti diatas. Cukup mudah sebenarnya untuk kita menyelesaikannya. Namun sesetengah dari kita menyelesaikan masalah dengan cara memetik pucuk pokok tersebut. Adakah masalah akan selesai? Tidak sebenarnya sebab pokok tersebut masih ada akar. Begitu juga masalah, ia mungkin menyelesaikan masalah tersebut untuk jangka pendek tetapi bukan jangka panjang. Apabila kita tidak menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera menyebabkan ia semakin sukar untuk diselesaikan sehinggalah menjadi semakin besar atau kompleks. Kalau masalah tu kita gambarkan sebuah pokok tu mungkin akan jadi seperti gambar di bawah.

Jadi macam mana cara untuk menyelesaikan masalah? Untuk menghapuskan pokok yang kecil, kita kenakan hapuskan akar pokok tersebut dengan cara mencabut pokok tersebut sehingga terpisahlah akar dengan tanah. Begitu juga masalah. Kita kena cari akar atau punca masalah. Apabila kita hanya menumpukan pada pucuk, kita sebenarnya cuba membiarkan pokok atau masalah itu membesar.

Itu yang mungkin berlaku pada beberapa masalah yang melanda orang-orang kita seperti gejala sosial yang semakin teruk dan soal perpaduan di antara orang Melayu kerana kita tidak menghapuskan akar masalah tersebut pada permulaan awal kerana terlalu fokus pada pucuk masalah

laporan asal : http://farisadli.via.my



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita