HILANG KAWAN....HILANG TEMAN....HILANG SAHABAT.....HILANG PERSAUDARAAN

Gatal tangan pulak ari ni.....

Wa lebih suka untuk memanggil teman2 wa sebagai sahabat kerana pada pendapat gua perkataan atau panggilan kita pada seseorang itu akan memperkuatkan lagi ikatan persahabatan kita.  SAHABAT pada gua merupakan istilah yang amat dekat dan meresap sampai ke lubuk hati kita akan merasa lebih mudah untuk mendekati dan saling memahami antara satu sama lain.

"Tak lama sangat dulu pun lah" gua mempunyai sahabat2 yang bermacam ragam. Pada saya anugerah sahabat dalam hidup kita merupakan harta paling bernilai, Ragam ragam daripada sahabat sahabat ini yang akan mengisi petak petak kosong dalam jiwa kita, ada yang happy go lucky, yang mana hidupnya asyik mahu menceriakan orang lain, justeru saya senang dengan mereka, yang suka memberi nasihat pula merupakan kamus kehidupan untuk saya. tapi sekarang semua tu dah hilang, entah kemana pergi semua tu, mungkin sahabat,teman hilang nombor handphone gua kut.....huhuhu

Baru baru ni tengah sembang sembang minum nescafe, tiba tiba sahabat saya yang bertanya " macam mana nak maafkan teman dia yang asyik menjaja mengata keburukan sahabat saya tadi pada orang lain dan macam2 perkara buruk padanya" apabila mendapat persoalan seperti itu bergambar gak gua sekejap, betapa mulianya hati sahabat gya ni, walau pun dia dikata buruk oleh teman dia, dan menikam dari belakang tetapi dia masih mencari jalan untuk memaafkan temannya itu. wa tabik spring ngan lu

Kasihan sahabat wa ini dia juga diuji dengan kehadiran teman yang melukai dirinya. Maklum je lah kedaan ekonomi sahabat saya sekarang ni juga agak tenat , sama seperti macam wa, makanya ramai la yang dulu dikatakan sahabat, teman, rakan bertempiaran lari, mengata yang buruk je dibelakang, menjauhkan diri…mungkin dia orang takut kut mana tau kalau hubungi sahabat  yang tengah parah,  tenat nanti kena “PAU” pulak. Biar lah , kita sebagai manusia terima seadanya, mungkin ada hikmahnya.

Sememangnya tidak ada manusia yang mahu memiliki sahabat yang akan melukai dirinya sendiri malah menikam dirinnya dari belakang.

Sesunggunya hanya ALLAH lah yang memegang hati setiap hati hamba-hambanya seperti mana dalam firmannya “Jika ALLAH berkehendak memberi nur hidayah kepada hambanya,nescaya dia akan memberikannya manakala jika ALLAH berkehendak untuk menutup pintu hati hamba2nya Dia juga akan lakukannya"

Sakitilah sahabatmu di dunia atas sebab untuk menyelamatkannya daripada disakiti di akhirat sana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita