Kenapa perkataan "POLITIK" menjadi bahan perumpamaan

Dah 3 hari gua tak layan blog ni, busy sikit nak kena settle 2-3 proposal yang nak kena hantar this coming week...hmmm..proposal....proposal...proposal....tapi alhamdullilah tadi dah siap 90% - 1, tinggal lagi 2 nak kena habiskan sebelum client panggil for presentation.

Tadi petang gua tengah minum nescafe kat bawah ofis, tiba tiba ada orang tepuk belakang gua, terkejut jugak gua, rupa rupanya sahabat lama, dekat setahun gak la tak jumpa dia.. so dia pun join la gua minum, panjanglah jadinya cerita dekat 2 jam la jugak melayan dia, macam macam cerita topik cerita, tapi mostly about about kerja & member member lama yang dia pun dah lama tak jumpa.

So lepas dia balik tu, wa pun naik atas sambung keje, tapi gua teringat pasal dia cakap dia baru berhenti kerja, katanya banyak sangat POLITIK, dari orang atas, dulu dia keje hotel pun sama gak POLITIK banyak sangat...tapi wa dengar je lah apa yang dia cerita...orang atas itu, orang atas ini....im a good listener, no worries

Ok ni sekarang baru gua nak cerita pasal topik blog ari ni, iya lah, dah banyak kali sangat bukan sekali dua yang gua dengar, orang yang berhenti, orang ramai yang berhenti pasal POLITIK dalaman pejabat.

Bukan sahaja bab berhenti kerja. Kadang kadang kita sembang dengan among our friend pun ada gak keluar perkataan..... Aaahhh POLITIk dia la tu....

Apakah orang orang POLITIK itu menjadi satu tauladan yang buruk kepada orang ramai? Sehingga orang ramai membuat POLITIK itu sebagai perumpamaan.

Seolah olah orang orang POLITIK ni semua buruk, kalau tak takan majoriti orang ramai cakap....ahhh POLITIK semua tu.....bukan gua yang cakap, tapi memang kenyataannya yang diguna pakai oleh orang ramai untuk menyatakan sesuatu perumpamaan bagi perangai yang buruk, tipu, membelit, kawan makan kawan dan segala macam lagi lah yang buruk

Bermakna permainan, perangai orang POLITIK ni dah lama buruk kut, kalau tak takan orang membuat perumpamaan sampai sekarang.

Betul ke semua orang POLITIK begitu....hmmm nak percaya pun boleh, tak percaya pun boleh

entah lah...gua tak pernah jadi orang POLITIK...dan tak berminat pun ....tak nak jadi perumpamaan pulak nanti..hehehehe


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita