Replika Bahtera Nabi Nuh di Belanda
Religious nut or a man with good intention?
source : http://blogserius.blogspot.com
http://www.smh.com.au
Johan Huibers (60) percaya dengan kesahihan cerita Bahtera Nabi Nuh. Setelah mendapat mimpi negara kelahiran beliau Belanda dilanda banjir besar pada tahun 1992 , beliau berazam membina replika bahtera Nabi Nuh sebagai cara menyebarkan agama Kristian di Belanda. Seperti kebanyakkan negara Eropah lain, agama Kristian semakin ditinggalkan dan setiap tahun ada sahaja gereja yang ditutup kerana ketiadaan kariah. Hubers mahu menaikkan semula syiar kristian di Belanda dan seterusnya keseluruh Eropah.
Pada tahun 2004 beliau membina replika separuh skala sepanjang 69 meter dengan kos USD 1 juta. Beliau kemudian membawa replika separuh saiz ini mengelilingi Holland dan mengenakan bayaran USD7 satu kepala untuk memasukinya. Didalamnya terdapat model haiwan serta diorama tentang kisah Nabi Isa dan Yusuf. Selepas 3 tahun beliau mendapat kunjungan lebih 600 000 orang. Hasil dari kutipan itu beliau membina bahtera berskala penuh
Bahtera berskala penuh ini sudahpun siap dan dibina menggunakan ukuran yang Johan dapati dari kitab Injil. Ianya 138 meter panjang dan 23 meter lebar. Beliau bercadang untuk meletakkan haiwan hidup didalam bahtera seberat 2970 tan ini. Pada Sukan Olimpik di London tahun depan Johan akan membawa bahtera skala penuh ini ke Sungai Thames.
Walaupun niat beliau boleh dianggap suci ramai yang tidak puas hati dengan Johan. Ada yang mengatakan Johan mengelat dalam pembinaan bahteranya. Bahtera Johan dibina diatas tongkang besi bukannya terapung dengan sendiri. Ada juga yang mengatakan Johan hanya melakukannya untuk wang dan tak kurang juga yang mengatakan beliau gila. Samada beliau gila atau seorang kapitalis, apa yang pasti replika Bahtera Nabi Nuh pasti menjadi tarikan pelancong kelak.

Ulasan
Catat Ulasan