MASIH ADA YANG BUTA TEKNOLOGI DI USA

Jennifer Boriss,  dari syarikat Firefox , telah pergi ke pusat membeli-belah bertujuan untuk membuat kajian untuk memperbaiki lagi web browser 'Firefox'. Beliau berharap akan bertemu dengan pelbagai  jenis orang-orang yang celik teknologi, tetapi beliau tidak menjangka akan menemui seorang lelaki yang tidak pernah sesekali menyentuh tetikus-'mouse' apatah lagi komputer.
Boriss terserempak dengan Joe, seorang pekerja kafeteria yang berusia 60 tahun, di kafeteria, "Saya mula dengan bertanya soalan-soalan biasa tentang pengalaman beliau dengan internet. Joe kemudian menjawab yang dia tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini....dan Boriss amat terkejut dengan jawapan itu .

Boriss cuba mendekati Joe dengan memulakan kaji selidik dengan mengunakan Internet Explorer, namun percubaan yang pertama dengan komputer tidak berjalan dengan lancar. 

Boriss : "Joe, mari kita berpura-pura seperti anda pernah melayari internet di komputer ini, dan matlamat anda adalah untuk mencari restoran tempatan untuk makan."
Joe : "Tetapi saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."
Boriss : "Mengapa anda klik pada itu?"
Joe : "Saya benar benar tidak tahu apa yang perlu dilakukan, jadi saya fikir ini akan mencadangkan sesuatu kepada saya."

Pengalaman Joe dengan mengunakan Firefox pada MacBook yang sama dan menu klik Apple 'Help/Bantuan' amat membingungkan nya, dan sangat tidak membantu.  

Kemudian Boris membuka Chrome, kali ini Joe bertuah dengan Chrome, menggunakan kelebihan skrin google - yang memaparkan sejarah yang dilayari/history untuk klik link 'help' yang ada label "San Francisco."  Tetapi disaat ini, Boriss merasakan Joe terlalu kecewa untuk terus melayari internet. Padanya amat susah sekali

Adakah kita boleh menyalahkan Joe? Yang pasti, orang seperti Joe, sangat jarang kita akan temui dipusat membeli-belah ini. Saat ini kita hidup dalam zaman yang datuk nenek ada yang menggunakan 'tablet'. Tetapi di sebalik semua penekanan yang moden pada keboleh gunaan dan kesederhanaan radikal, komputer masih yang sama sekali asing baginya.


Akhirnya, Boriss menolong Joe membuka akaun Gmail untuk Joe. Apabila ditanya mengapa dia mahukan akaun untuk email, Joe menjelaskan bahawa dia tidak dapat mendaftar untuk program kad ganjaran kedai roti kegemaran nya tanpa alamat e-mel. 

 laporan asal : http://gizmodo.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita