SIAPA BAKAL KETUA PENGARAH FINAS YANG BARU...JENG JENG JENG ???

Dengarnya semalam ada 'farewell party' untuk KP Finas yang akan menamatkan kontraknya hingga semalam.

jeng....jeng.....jeng....siapa kah yang bakal dilantik sebagai KP Finas yang baru menganti kan Mohd Mahyidin.....sapa yang kena.....huhuhuhu

biar la siapa pun individu yang akan dilantik tetapi ...ada tapi beb
harus lah individu yang akan dilantik nanti berwibawa & golongan professional@mempunyai masters didalam pengurusan pemasaran produk, mempunyai  pengetahuan didalam industri penerbitan filem tempatan dan yang lebih penting mempunyai capabilities untuk memasarkan filem kita ketahap yang lebih baik dan tinggi mungkin ke luar negara asean dulu dan sekali gus menaikan martabat filem tempatan dan memberi peluang lebih luas kepada generasi Y sebagai pelapis untuk melibatkan diri didalam penerbitan pilem....

pak menteri yang memegang portfolio ini seharusnya memikirkan seesorang yang betul betul layak untuk menduduki kerusi KP Finas ni, jangan lah nanti terjadi perlantikan individu itu menjadi satu 'kontroversi sensasi' sampai keluar melodi, keluar suratkahabar ada yang tidak puashati atas perlantikan individu tersebut.

kalau ikut pendapat gua, jika seorang pengarah filem atau golongan didalam industri dilantik sebagai KP Finas itu adalah pilihan yang tidak bijak..... dan seseorang yang terlibat didalam perniagaan filem itu tidak sama sekali seharusnya berada didalam  jawatan kuasa yang melibatkan finas, biarlah golongan professional yang tidak terlibat didalam pembikin/penerbit filem/tv, pengarah, mengendalikan segala urusan industri menaikan martabat perfileman negara kita....lantik lah orang yang tidak ada kepentingan dan agenda untuk membuncitkan perut sendiri dan memonopoli filem tempatan.

ni ada sikit pengenalan pasal FINAS....http://www.finas.gov.my

SEJARAH PENUBUHAN FINAS 

Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ditubuhkan kerajaan pada 26 Julai 1980 untuk merangka cara-cara bagi memajukan perusahaan filem Malaysia. Hasil daripada salah satu cadangannya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (atau FINAS), telah ditubuhkan dalam tahun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, 1981 (Akta 244). FINAS mula beroperasi di alamat No. 7 Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur mulai 1 November 1981 dibawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Mulai 16 Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. FINAS kemudiannya beroperasi di alamat No. 198 Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, pada 19 Disember 1988. Mulai tarikh 27 Disember 2004, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan merupakan agensi Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan bermula pada tahun 2008. Mulai April 2008 FINAS diletakkan dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.  

OBJEKTIF 

Menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman di Malaysia.” 

VISI

Peneraju Utama dan Pemangkin Kemajuan Industri Perfileman Malaysia Bertaraf Dunia Berlandaskan Gagasan 1 Malaysia. 

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan, kemudahan, galakan dan sokongan yang cekap serta berkesan;
  • Membentuk persekitaran yang kondusif, progresif dan berdaya saing;
  • Melahirkan penggiat yang berilmu, kreatif dan berkemahiran;
  • Memupuk budaya menonton filem Malaysia (Cintai Filem Malaysia);
  • Mempromosikan filem Malaysia ke persada dunia; dan
  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat destinasi perfileman.

 

dari artikel arkib Utusan 11.05.2011- : Kaji peranan Finas .....http://www.utusanonline.com.my

 

 kalau suka artikel ni tak reti reti....klik LIKE....kat atas tu je...bukan kena sen pun brader....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita