Muhasabah 'Session' - Macamana Nak Settle Problem
Tidak kiralah orang tua, orang muda, semuanya sama. Terlupa atau  terkeliru mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Agak malang  apabila cara kita menyelesaikan masalah itu menyebabkan yang salah  dikatakan benar, yang benar dikatakan salah. Jadi, macam mana cara untuk  menyelesaikan masalah sebenarnya?
 Kita gambarkan masalah itu seperti sebatang pokok. Pada permulaannya  ia seperti diatas. Cukup mudah sebenarnya untuk kita menyelesaikannya.  Namun sesetengah dari kita menyelesaikan masalah dengan cara memetik  pucuk pokok tersebut. Adakah masalah akan selesai? Tidak sebenarnya sebab pokok tersebut masih ada akar. Begitu juga  masalah, ia mungkin menyelesaikan masalah tersebut untuk jangka pendek  tetapi bukan jangka panjang. Apabila kita tidak menyelesaikan masalah  tersebut dengan kadar segera menyebabkan ia semakin sukar untuk  diselesaikan sehinggalah menjadi semakin besar atau kompleks. Kalau  masalah tu kita gambarkan sebuah pokok tu mungkin akan jadi seperti  gambar di bawah.
Jadi macam mana cara untuk menyelesaikan masalah? Untuk menghapuskan  pokok yang kecil, kita kenakan hapuskan akar pokok tersebut dengan cara  mencabut pokok tersebut sehingga terpisahlah akar dengan tanah. Begitu  juga masalah. Kita kena cari akar atau punca masalah. Apabila kita hanya  menumpukan pada pucuk, kita sebenarnya cuba membiarkan pokok atau  masalah itu membesar.
Itu yang mungkin berlaku pada beberapa masalah yang melanda  orang-orang kita seperti gejala sosial yang semakin teruk dan soal  perpaduan di antara orang Melayu kerana kita tidak menghapuskan akar  masalah tersebut pada permulaan awal kerana terlalu fokus pada pucuk  masalah
laporan asal : http://farisadli.via.my 

 
 
Ulasan
Catat Ulasan