KONSERT WINGS 30 TAHUN

Dari 1985 sehingga sekarang dalam industri muzik Malaysia, Wings tampil dengan konsert 30 Tahun sebagai tanda terima kasih kepada rockers Malaysia semua!

1985-2015 : 30 Tahun Wings gagah merentasi masa. Sempena meraikan 30 Tahun penglibatan dalam arena rock, Wings mengajak peminat-peminatnya bersama-sama ke Konsert Wings 30 Tahun yang bakal direncanakan pada 31 Oktober 2015 di Stadium Merdeka. Telus Maxima selaku penganjur, disokong oleh gabungan Anggerik Event, Awie Entertainment serta Siaran 9 menampilan konsert ini sebagai sebuah konsert yang mesti disaksikan oleh para pengikut tegar Wings.  Dengan pengumuman bakal berlangsungnya konsert ini dilakukan seawal Julai 2015 memberi petanda bahawa pengikut-pengikut Wings akan dihidangkan dengan sebuah konsert yang rapi dari segi persediaan serta sebuah persembahan yang bertenaga. Memetik kata seorang peminat Wings, "Show Wings sentiasa memuaskan, tidak mengecewakan kerana Wings sangat komited akan muzik mereka" maka huraian yang tidak panjang lebar adalah memadai bagi sebuah jentera muzik berjenama WINGS !
Jualan tiket konsert boleh di beli secara atas talian - www.tickethotline.com.my dan ejen-ejen yang telah dilantik. 

DISKAUN
Ahli Sayap-Sayap Wings akan menikmati potongan harga tiket 10% tiket, pembelian melalui kelab sahaja dengan menghubungi 012.2666877 (prefer WhatsApp). http://www.sayap2wings.com/
Manakala bagi tiket untuk pelajar, pembelian hanya secara atas talian melalui www.tickethotline.com.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita