Penggunaan Internet Di Malaysia Naik Kepada 41 Peratus



Penggunaan Internet di Malaysia meningkat kepada 41 peratus pada 2010 daripada 25 peratus pada tahun sebelumnya, demikian menurut hasil kajian Nielsen Mobile Insight Malaysia 2010 yang dikendalikan oleh The Nielsen Co (M) Sdn Bhd.
Pengarah perkhidmatan pelanggan dan capaian pelanggannya Luca Griseri berkata penggunaan Internet tertinggi dicatatkan di kalangan kumpulan muda yang berumur antara 20-24 tahun dengan enam daripada 10 merupakan pengguna Internet.

"Kumpulan ini membesar dengan Internet dan menghabiskan masa pada purata 22.3 jam dalam talian seminggu," kata beliau pada taklimat media di sini Rabu.
Griseri berkata tujuh daripada 10 (72 peratus) pelanggan berkata, liputan yang lebih baik merupakan faktor utama dalam menentukan kepuasan keseluruhan penyedia perkhidmatan Internet (ISP), diikuti dengan kelajuan yang lebih baik (54 peratus), perkhidmatan kualiti lebih baik (40 peratus) dan kadar yang lebih baik (39 peratus).

Hasil kajian itu juga mendapati mobiliti merupakan pertimbangan utama untuk langganan kepada jalur lebar mudah alih di mana bahagian pasaran bagi saluran ini bagi penyambungan Internet berganda daripada 20 peratus pada 2009 kepada 54 peratus pada 2010, katanya.
Beliau berkata jalur lebar tetap bagaimana susut kepada 42 peratus daripada 65 peratus pada tahun sebelumnya, manakala bagi sistem dial hampir ketinggalan dengan hanya peratus pelanggan berbanding 13 peratus pada 2009.
Griseri berkata jalur lebar mudah alih mendapat lebih bahagian pasaran, komputer riba dan netbook merupakan peranti yang paling kerap digunakan untuk mengakses Internet (55 peratus), diikuti desktop (34 peratus) manakala telefon mudah alih (11 peratus).
Kajian Nielsen itu dikendalikan antara Oktober dan Disember tahun lepas dan meninjau hampir 4,000 pengguna di seluruh negara mengenai penggunaan telefon mudah alih dan Internet.

sumber BERNAMA


Internet di Malaysia ; Kualiti vs Servis Caj.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Internet World Stats, sehingga Jun 2009, seramai 16.9 juta staupun 64.6% daripada 26.1 juta rakyat Malaysia menggunakan internet. Malaysia juga merupakan antara 50 negara yang mempunyai kadar penembusan internet tertinggi di dunia.

Akan tetapi, mengikut statistik SpeedTest.net, Malaysia berada di tangga ke 101 dalam ranking kelajuan internet (2.37Mbps). Singapura yang berada di tangga ke 50 mencatatkan kelajuan internet 6.25Mbps, manakala Korea Selatan 34.13Mbps di tangga pertama. Untuk pengetahuan anda, pengguna di Korea Selatan hanya membayar USD0.45 bagi setiap 1 Mbps sebulan. Bagaimana agaknya ISp disana boleh memberi caj yang murah untuk kelajuan internet berkualiti sedangkan pengguna di Malaysia membayar harga yang mahal untuk kualiti dan kelajuan internet yang agak menyedihkan.
Pada pandangan saya, ISP di Malaysia pada masa ini lebih mementingkan keboleh capaian kepada rangkaian mereka sedangkan peningkatan kualiti dan kelajuan rangkaian berlaku pada kadar yang sangat perlahan. Kerajaan sendiri membelanjakan beratus juta ringgit untuk meningkatkan kadar penembusan internet di seluruh negara. Walaubagaimanapun, kualiti dan kelajuan internet itu sendiri haruslah turut meningkat, seiiring dengan kadar penembusan yang tinggi. Saya sangat berharap agar pihak ISP mempertingkatkan kualiti servis mereka, terutama di kawasan luar dan pinggir bandar.
p/s : luahan hati seorang pengguna broadband





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita