Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam ?

Saya ingin menulis perkara ini sejak berbulan yang lalu.

Apa yang saya perhatikan ialah budaya membeli rakyat malaysia terutama sekali ketika membeli makanan tidak langsung menunjukkan gaya wujudnya persetujuan harga sebelum membeli makanan.

Kedai makan melayu, banyak yang tidak meletakkan tanda harga, sudah menjadi lumrah pelanggan, pesan sahaja makanan dan minuman kemudian "kira".

Pelanggan tidak ada peluang untuk tidak bersetuju dengan harga kerana semuanya telah ditelan.

Dalam perniagaan nasi campur juga sukar, apabila pelanggan memilik lauk dan meletakkan ke dalam pinggan, pelanggan tidak tahu berapa harganya. ada kedai yang memerlukan pelanggan tunjuk pinggan nasi kepada tauke untuk mendapatkan harga. Ada yang disuruh makan dulu, kemudian baru kira. "Tadi makan apa".

Namun kedua-dua kaedah pembelian nasi campur itu tidak islamik langsung.
Tidak ada peluang untuk pelanggan menolak sesuatu lauk apabila mengetahui sesuatu lauk itu mahal.

Ikan yang sudah dimasukkan kedalam pinggan tidak boleh dikeluarkan. Lainlah kalau ikan itu diasingkan.

Di kedai kopi kampung-kampung pun begitu, disebabkan kebiasaannya murah, maka semua orang pesan sahaja, teh O 1, teh 1, nescafe 1. Kebiasaannya mampu dibayar ketika 5 tahun lepas.

Tapi zaman berubah, kalau pesan ikut suka, alamat mungkin duit tidak cukup.

Paling menyedihkan ialah pelanggan akan marah kepada peniaga kerana menaikkan harga, walhal pelanggan itu sendiri tidak mahu tahu berapakah harga minuman yang dipesan oleh mereka.

Namun, keadaan agak berbeza pada kedai makan barat.
Hampir kesemua kedai makanan barat menyediakan menu yang tertera harganya.

Budaya biasa kedai makan barat yang banyak di Malaysia.
  • Pelayan meletakkan menu, pelanggan diberikan masa 2,3 minit,
  • (cukup masa untuk pelanggan yang tak cukup duit buat perkiraan) 
  • Pelayan datang mengambil pesanan.
  • Pelayan mengulangi pesanan yang dibuat oleh pelanggan.

Budaya kedai makan barat jenis A&W, McD dan KFC.


  • Pelanggan memilih makanan berdasarkan menu yang tertera harganya.
  • Juruwang tekan sambil menyebut pesanan tadi
  • Juruwang akan buat 'cross selling' , mahu yang besar kah. dll
  • Juruwang akan sebut semula pesanan-pesanan tadi kemudian memberitahu jumlahnya.
  • Pelanggan sebenarnya boleh untuk tidak bersetuju, selagi dia belum terima duit, selagi itu sistem tidak "tunaikan".
  • Juruwang akan sebut wang yang diterimanya,
  • Juruwang akan sebut baki wang yang dikembalikan.
Di kedai makanan orang Islam yang biasa-biasa pula begini.

Apabila sudah makan, kita suruh dia kira, maka dia pun kira, mahal atau murah, pelanggan perlu bayar kerana sudah makan.

Pernah juga saya mengalami situasi dimana, selepas nyatakan apa yang kita makan, duit diambil, dan dikembalikan baki tanpa mengetahui berapa kesemuanya.

Namun tidak semua, kedai makan Islam yang bercirikan Fotani Darussalam kebiasaannya mempunyai menu, namun pelayan adakalanya lupa untuk membawa menu ketika mengambil pesanan. Oleh itu kita masih boleh minta menu, supaya boleh bersetuju dengan harga sebelum membuat pesanan.

Walaupun tidak pernah dibuat orang, pelanggan sebenarnya boleh minta diskaun sebelum membuat pesanan.
"Dik, Nasi goreng Obama ini RM 5.00, boleh tak buatkan supaya ianya RM 4.50?"


dipetik dari :  hasbullah.pit.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita