09 July 2011 - CLASH OF THE TITANS....KONSERT 2 RAKSAKSA VS. BERSIH 2.0

Konsert 2 Raksaksa 2011
Group / Artis : Blues Gang & Sweet Charity 
Venue : Stadium Merdeka
Date : 09 July 2011 ( Sabtu)



malas nak layan komen pasal BERSIH 2.0....itu tarak bagus punya, kasi orang susah mau move beb....pecah belahkan orang ramai je.....buang karan

kita cerr cerita konsert, lagi layan beb......tak kena rasa nya nama title konsert tu....
'Konsert 2 Raksaksa 2011'....sedap ke nama tu ??

.......kan elok nama kan konsert 2 LEGENDA /2 OTAI , itu pandangan gua lah. 
apa ada pada nama...betul jugak...
'aku menulis bukan kerna nama'.......huuhuhu
tak kisah lah janji tak pecah belah orang ramai...sudah...


maksud Raksaksa... itu apa ya....jap tanya pakcik google...aaaa jumpa pun


RAKSAKSA : Dalam mitologi dan legenda yang muncul dari berbagai belahan dunia, Raksasa adalah bangsa makhluk yang menyerupai manusia atau hewan, namun berukuran lebih besar daripada ukuran normal manusia atau hewan tersebut. Dongeng dan legenda menyatakan bahwa raksasa merupakan bangsa makhluk yang bodoh dan bengis, suka mengganggu dan memakan manusia, namun ada beberapa dongeng dan legenda yang menyatakan sebaliknya. Raksasa dianggap suatu ancaman karena manusia tidak mampu menandingi ukuran serta tenaganya yang besar, namun tidak sedikit yang memberi gagasan tentang raksasa sebagai makhluk hidup yang berdampingan dengan manusia.

RAKSAKSA DALAM FIKSYEN : Raksasa muncul secara individual maupun kelompok dalam beberapa kisah fiksi sebagai tokoh utama maupun karakter pendukung. Kisah-kisah yang memunculkan karakter raksasa adalah: Jack dan pohon kacang; Perjalanan Gulliver; Harry Potter; The Chronicles of Narnia; Robinhood dan Pangeran Aragon; Young Ronald; dll.
Kisah  Jack & The Beans menawarkan gagasan bahwa raksasa merupakan bangsa makhluk yang bodoh, kejam, dan suka memakan daging manusia, terutama anak-anak. Kisah dengan tema seperti itu sudah populer dalam kisah-kisah fiksi fantasi.
Kisah Gulliver's Travels menawarkan pemikiran lain tentang raksasa. Gulliver diceritakan sebagai seorang manusia biasa. Namun ia terdampar di negeri antah berantah dimana semua penghuninya berukuran kecil, yang disebut liliput. Cerita itu memberi gagasan bahwa ukuran raksasa itu relatif, manusia bisa menjadi seorang raksasa atau sebaliknya, menjadi liliput.
Dalam cerita rakyat di Eropah Barat dan Utara, terdapat makhluk yang disebut Troll dan Ogre (membandingkan Oni), sejenis monster yang berukuran besar dan wajahnya lebih buruk daripada manusia, namun ras mereka berbeda dengan raksasa.
ok bawah ni sedikit info sejarah silam 2 band legenda ini.

ANGGOTA BLUES GANG
Kumpulan Blues Gang merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Blues Melayu.

Blues Gang merupakan sebuah kumpulan yang mengenengahkan irama 'blues dan rock' yang segar dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan. Pernah muncul di layar perak di dalam filem kontroversi arahan pengarah Nasi Jani, Kembara Seniman Jalanan lebih kurang dua puluh tahun yang lalu. Kumpulan Blues Gang telah berpecah namun ahli-ahlinya masih lagi aktif di kelab-kelab malam di sekitar ibukota..

ANGGOTA SWEET CHARITY
Kumpulan Sweet Charity sebuah 'kugiran' yang mula ditubuhkan diSingapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal),Rosli Mohalim (Lewat 70'an Gitar) Joe Salim(Gitar),Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum)
Sweet Charity banyak mengadakan Roadshow di FunFair2 diseluruh Singapura dlm tahun 70an-80an,dan Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura! Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak dirantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star. Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula.

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1995,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama, Zakiah.
.
Bagi mereka yang mahu menyaksikan dan berhibur dengan dua lagenda besar ini dalam satu konsert yang bakal mengukir sejarah ini, tiket-tiket boleh didapati di www.airasiaredtix.com atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music. Talian Hotline 03 87754666. Harga tiket bernilai RM 73 sahaja.
Gua pun ada submit concept design for the show...decision from the promoter ...kalau dia ada budget & the concert producer pun setuju.....ok la ada masyuk sikit....
ni stage design dia...





idea & concept : azmi zainal abidin http://antipopevent.net
design : aemir khalid http://www.nuorg.com/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita