ASTRO TARIK BALIK KENAIKAN HARGA...CLAPP...CLAPPP

Tadi aku dapat panggilan dari pihak Astro yang mengatakan kepada aku bahawa tolong abaikan segala notis tentang kenaikan baru-baru ini. Aku terkejut dan aku tanya pada budak operator tu, aku cakap kat dia aku tau walau kau bukan 'decision maker' tapi tolong sampaikan pesanan aku pada pengurusan kau, lain kali kalau nak naik harga ikut prosidur betul, bukan main naik suka-suka je.
Budak tu siap kata pihak Astro mintak maaf pasal ini. Dalam hal ini aku nak ucapkan tahniah kepada PPIM dan NGO-NGO yang mendesak Astro supaya kenaikan ini dibatalkan dan tidak lupa juga buat Menteri Penerangan Dato Seri Rais yang bertegas dan tidak mahu akan kenaikan ini.

Macam ni baru betul, kalau semua NGO-NGO macam PPIM ni memainkan peranan lebih pro aktif dan bergabung beramai-ramai, aku yakin peniaga-peniaga mesti tidak berani nak menaikkan barangan sesuka hati mak bapak mereka, betul tak?Astro ini menjadi salah satu contoh kuasa rakyat! Kalau kita tak puas hati dengan kenaikan barangan kita kena buat macam ni.

Ayuh PPIM, mari kita serang kenaikan harga barangan lain pulak! Steady PPIM! Wa salute sama lu all!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita