Pelbagai Agama telah diberitahu tentang kedatangan Nabi Muhammad S.A.W, Kenapa kita masih tidak percaya dan menolak apa yang Baginda bawa
Sebenarnya,  terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di dalam pelbagai  kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran bahawa tiada  satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu tidak mustahil  jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam pelbagai kitab  purba pelbagai kaum.
Nabi Muhammad dalam Agama Hindu
Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak  umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah  ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg  ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar.  “av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan  Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya  adalah “utusan terakhir”.
Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad ialah:
“Aryadarma  akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia  ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang  berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan  memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan  panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging  babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi  mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman”  (perantara kedamaian).”
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)
Beliau  adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan  seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa  Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan  dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang  asing.
Dalam Atharvaveda book  20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru”  yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh  tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah
Dalam Atharvaveda book  20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa.  Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini  mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud  nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan  ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.
Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)
Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
- Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
- Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.
- Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi.
Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
“Bahawa  umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina  dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan  pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan  menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api  dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah  Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika  itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi  rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balkh iaitu  tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mereka.  Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan  mukjizat-mukjizat
Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:
“Bahawa  aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia  ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang  seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala firmanku dalam  mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku  pesankan."
Nabi Muhammad dalam kitab Injil Yahya
Tetapi  aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa)  bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi kerana jika aku tidak  pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi  aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang terpuji)
Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.
Injil Barnabas
Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.
“Jesus  Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa)  dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan  (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku  datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan  datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang  kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil  perkataanku dan mengaturkan Injilku."
Ketika  itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda  supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa,  “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang  kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang  Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin  (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah)  merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan putih di  atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan  dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan  kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan  menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.
Sesungguhnya  aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan  diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan  kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa  aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan Tuhan.
Nabi  Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan  (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam  ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian  Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya  tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari kiamat nanti. Aku  tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah . Apabila  Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman  dengan agama Tuhan (Allah).
sumber :  http://www.tranungkite.net 
http://abangraja.blogspot.com
http://abangraja.blogspot.com




 
 
Ulasan
Catat Ulasan