Coretan Fasa Akhir Ramadhan.....

alhamdullilah , kita dah sampai ke fasa akhir ramadhan, hanya tinggal seminggu sahaja lagi bagi kita  menyempurna kan dan sekaligus menunai tanggunjawab rukun islam ke 3.

bulan posa tahun ini pada gua agak bagus, tidak terlalu panas, dan tak jugak selalu hujan, kebelakangan ini sahaja...alhamdullilah
kalau hujan yang paling perit adalah peniaga peniaga bazaar ramadhan, kesian beb, kalau yang baru nak belajar berniaga tu masak gak lah....tahun ni gua membeli kat bazaar ramadhan ttdi sahaja, sekali je pegi pj seksyen 14 yang depan masjid tu, tapi tempat tu dah tak meriah macam tahun tahun sebelumnya, peniaga kurang, tak banyak choice, tapi popiah terbaik kat pj tu still ada, nasib gua baik ari tu,  tak ramai org beli, beratur cuma 4-5 orang je.....

sambutan raya tahun ni secara sederhana bagi keluarga gua, alhamdullilah sekali lagi, syukur dengan apa yang diberikan, thanks to allah.....budak budak je yang excited nak balik kampung nak jumpa atok/nenek/ tok wan/opah dan jumpa cousin2 dia orang yang lain, anak gua no. 2 pulak akan menghadapi UPSR pada 13/09 ni, so dia tak leh nak enjoy sangat sbab kena buat revision sambil raya....

bukan apa malas nak menempuh jemm, almaklum lah kolumpor...kalau bulan posa adalah masa yang paling teruk jemm nya.....betul..??walau pun jemm tapi kita tetap 'wajib' kena bayar tol, kalau lalu kat jalan yang bertol....sepatutnya kita bayar tol nak kan kemudahan, kalau dah tiap tiap hari jemm teruk apa guna ada tol....kita buta2 je bagi kat dia duit, sepatutnya kerajaan bagi kan diskaun pada jalan jalan yang tol nya mmg jemm pada waktu puncak....gua kasi contoh....tol depan eastin hotel tu...gua tau sbab gua slalu guna jalan ni, nak ke ttdi nak ke pj....sama je sebelum tol dah jemmm, bayar tol pastu keta tak leh nak bergerak ...macamana tu...kat tol tu je conpem sangkut....lu orang tak caya gua, besok lu orang try...huhuhuhu
berbalik pada bulan posa, melalut lak gua ...huhuhu
itu ari gua ada berbuka ngan member, dia bawak gua berbuka kat taman mayang dekat school of LimKokWing lama nama kedai dia 'William's' cater Fusion western, indian & malaysian', mamat tokeh kedai ni kreatif & jujur dalam masakan dia....dia tak kemut bahan dalam masakan dia, gua cakap dia kreatip sbab lu orang gi kedai dia try order cheese nan je dulu...dah makan lu bagi tau gua...apa komen lu orang...bukan sepeti 'roti chesse or garlic nan' yang anda selalu makan kat mamak tu....gua malas nak cakap tapi lu orang kena test dulu..kemudian lu orang komen
Tapi gua nasihat lu prang nak pegi kedai dia...kalau datang 2-3 orang order je lah satu je nasi goreng, sebab makanan dia banyak, kalau order asam pedas baik lah order satu je...sebab satu je dah boleh makan untuk 4-6 orang...


tapi jangan gi siang...nanti kantoi.....huhuhu 
dia pun bukak petang je 6pm - wee hours
selamat mencoba


24hb ni ada supplier buat majlis berbuka, backline supplier tapi dia bukan islam, tapi dia peka dengan kawan kawan seperjuangan beragama lain...gua tabik lu pete,  hmmm yang supplier2 melayu/islam ramai gak yang berjaya kat malaysia ni, tak dengar pulak buat majlis berbuka ngan kawan kawan...mungkin dia orang kurang peka kut ....takpe mungkin tahun depan dia orang buat kut....huhuhuhu









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita