Rozita Che Wan Vs. Jalena Rejab - Primeworks Studios..(TV3 punya)......
update :
ni ha gua kasi lu orang tengok.. gua rasa minah ni memang cepat melatah...nak jadi pemimpin jangan cepat melatah...dah banyak sangat contoh tauladan dari pemimpin2 politik yang cepat melatah tapi melondehkan diri sendiri.....
ni tweet dari jalena rejab - 'ketua' tau .........'bukan budak pejabat' ....bahagian produksi drama & filem, primeworks studios..
kalau lah betul apa yang minah ni kata yang dia tak report pada reporter, entah makhluk mana yang buat report walahwa'alam...maklum lah sekarang ni pun industri filem banyak cerita hantu...mungkin salah satu hantu dalam banyak2 filem tu terkeluar bagi tau kat reporter kut...
hantu mana yang bagi tau reporter tu gua tak nak angkat pot pun....tapi bermakna dengan kata lain dia ingin mengatakan yang dia tidak me 'report' kepada reporter..bermakna reporter lah yang menipu kita la kut...
tapi disini wa kasi screenshot sikit dari Mstar online bertarikh September 22, 2011(Khamis)...lu orang sendiri baca kasi faham....mungkin gua rabun tersalah baca...yang berkata tu entah hantu mana berKATA KATA...
ni pulak dari utusan malaysia bertarikh 25/09/2011(ahad)...lu orang sendiri baca kasi faham....mungkin gua rabun tersalah baca...yang berkata tu entah hantu mana berKATA KATA...
so lu orang dah baca kan ....
SENDIRI FIKIR.....SENDIRI RENUNG RENUNG KAN LAH....
nota : jalena sempena dengan bulan mulia yang tingal hujung hujung syawal ni saya mohon maaf jika gua tersilap berKATA KATA...
entri asal :
ini kecoh pasal artis & Jalena Rejab-manajer produksi TV3@primeworks. gua rasa terpanggil nak sibok sikit pasal ni..jalena rejab sebagai manajer atau pun pengurus primeworks studio tu tak sepatutnya memberitahu pemberita mengenai bayaran yang ditetap kan oleh seseorang artis, mahupun pengarah, mahu pun krew buat minuman sekali pun, ia sepatutnya 'Rahsia/Confidential' bab2 bayaran ni antara dua pihak artis & produksi penerbitan.....kalau gua manager rozita..gua saman je si jalena & primeworks...kenapa mesti nak cerita hal bayaran disuratkhabar..
pada pendapat gua simple je dan gua setuju dengan apa yang dikatakan oleh komen 'Joyah' dalam mingguan malaysia (25.09.11/ahad)...kalau lu nak artis tu berlakon untuk produksi lu...lu kena lah ikut bayaran yang diletak oleh yang empunya diri, kalau tak mampu bayar, dok senyap senyap....
ni tidak..bayaran orang yang hendak digunakan oleh pihak produksi, pihak produksi yang pandai pandai meletakkan harga...kenapa lu nak kena tetapkan harga diri seseorang pelakon, pengarah, penulis skrip...itu yang terjadi didalam industri seni diMalaysia ni....mereka pihak produksi yang menentukan bayaran diri kita ( gua cakap sbab gua terlibat dibelakang tabir didalam industri seni tapi gua tak buat drama )
Mingguan Malaysia:25/09/11 - JOYAH terkejut dengan ‘pertelingkahan’ yang melanda Ketua Produksi
Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab dan pelakon cantik
Rozita Che Wan. Semuanya pasal harga Rozita yang dikatakan tak masuk
akal.
Dulu Rozita janji nak menerima tawaran sekian-sekian harga tapi
akhirnya mahu menaikkan harga bayaran kepada RM3,000 untuk satu episod.
Lalu terdengarlah keluh-kesah Jalena yang menyebut harga untuk
pelakon senior macam Rozita hanya RM1,500 hingga RM3,000 sahaja. Yang
paling tak tahan siap banding dengan harga pelakon muda yang lain lagi
tu.
Dalam isu ini Joyah terang-terang berpihak kepada Rozita. Bukan sebab
Rozita cantik, tetapi Joyah mahu hak artis ditegakkan. Yang mendapat
untung orang produksi dan stesen tv juga kalau drama bersiri tu popular.
Ini hak artis. Bila dia nak naik harga sebanyak itu buat apa orang
produksi nak membebel mengata macam-macam. Kalau tak mampu bayar
pergilah cari artis lain seperti mana yang ditawarkan itu.
Bila kita bercakap macam ni, orang kata kita bongkak. Tapi yang
meletakkan harga kepada artis adalah orang produksi. Bila harga sudah
digred mengikut harga mereka sampai bila anak seni kita nak naik harga?
Padahal muka mereka yang menjadi pelaris pada stesen tv. Iklan masuk
berduyun-duyun sebab rating tinggi. Esok lusa bila kulit Rozita dah
berkedut, agak-agak berapa sahaja yang orang produksi nak bayar? Mereka
juga nak cari makan dan nak hidup macam orang lain. Sesekali hormatilah
hak mereka juga.
Nasihat Joyah pada Rozita, jangan mengalah dalam isu harga ni. Kalau
bayaran kita pun orang lain nak tentukan, apa lagi yang tinggal? Apa
lagi hak artis yang ada dalam isu macam ni? Kalau Rozita tak tegakkan
hak dia, siapa lagi nak berjuang untuk dia?Persatuan?Jangan haraplah,
cakap saja berkobar-kobar.
Joyah tidak bercakap atas dasar Rozita semata-mata tetapi tentang
kepentingan anak seni kita. Tengah laku orang panggil, bila dah tak laku
tak ada siapa nak pandang. Percayalah.
Lebih mengguris kalbu, lepas tu hantar ke stesen tv, mereka putar
cerita tu berpuluh-puluh kali. Hmmm... Ramai yang makan hati sebenarnya....sumber : http://www.utusan.com.my
Ulasan
Catat Ulasan