Masjid Unik Di Denmark
Membina masjid adalah sesuatu yang normal. Namun, apabila ia dibina di Denmark, iaitu sebuah negara yang dulunya dikecam hebat akibat penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, ia menjadi sesuatu yang unik dan ‘tidak normal’.
Apabila ia dibina di Denmark, iaitu sebuah negara yang dulunya dikecam hebat akibat penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, ia mPada 18 Januari 2011, saya terlihat berita terpampang di muka depan akhbar Urban yang tertulis ‘København får to nye Moskeer’ (bermaksud Copenhagen mendapat 2 masjid baru). Rupa-rupanya pembinaan 2 masjid di Denmark telah diluluskan. Alhamdulillahnjadi sesuatu yang unik dan ‘tidak normal
Terdapat lebih 160,000 muslim di Denmark iaitu kira-kiranya 3.5% daripada jumlah penduduknya 5.5 juta orang. Masjid yang sedia ada adalah sedikit dan boleh dihitung dengan hanya menggunakan sebelah jari tangan. Namun, ‘keterbukaan’ kerajaan Denmark wajar dihargai walaupun didebat secara hangat di parlimen dan juga mendapat tentangan masyarakat sekitar.
Masjid yang pertama adalah di Amager
Menggunakan senireka moden dan projeck ini diberi nama ‘Det Fastet Batteri’ (The Permanent Battery) mungkin kerana mengunakan pencahayaan sinaran matahari secara unik.
Gambaran kaedah pencahayaan di dalam masjid tersebut - Direka oleh firma Architecture terkenal di Denmark iaitu firma Bjarke Ingels Group (BIG) yang popular dengan senireka yang unik dan pelik dengan kerjasama Muslim Council of Denmark
- Dibiayai sepenuhnya oleh Islamic Federation
- Mempunyai keluasan 48,437sq ft termasuk ruang solat untuk 3,000 orang, kedai, tempat conference, gallery, auditorium dan perpustakaan
- Bakal ditadbir oleh golongan Muslim-Sunni yang kebanyakkannya dari Turki
- Pembinaannya mendapat tentangan dari 93 orang masyarakat sekitar
Masjid yang kedua adalah di bahagian barat laut Copenhagen.
- Menggunakan gabungan senireka budaya Denmark-Iran. Direka oleh Arkitek berasal dari Iran bernama Bijan Eskandani
- Mempunyai kubah besar berwarna biru setinggi 24m dan 2 menara setinggi 32 m
- Dibiayai oleh Organisasi Ahlul Bait dari Iran. (Terdapat berita yang mengatakan ia ditaja oleh hartawan dari Iran)
- Mempunyai ruang solat untuk 2000-3000 jemaah, bilik conference dan perpustakaan serta bilik imam pelawat.
- Bakal ditadbir oleh golongan Muslim-Syiah yang kebanyakkannya dari Iran
- Pembinaannya mendapat tentangan dari 1156 orang masyarakat sekitar
Tapi, kedua-dua masjid tidak dibenarkan untuk menggunakan alat pembesar suara/spekar bagi laungan azan (sebahagian daripada perjanjian-syarat pembinaan masjid)
dipetik dari blog : http://darikelatekecopenhagen.blogspot.com
Ulasan
Catat Ulasan