Membantu Menyebarkan Fitnah

Sifat seorang pemimpin ialah memimpin ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tanggungjawab seorang pemimpin itu besar. Bukan nya membawa si penyampai berita yang tidak di ketahui hujung pangkal nya untuk di hidangkan berita yang samar-samar kebenaran itu kepada rakyat. Apatah lagi bila seorang pemimpin itu memakai gelaranustaz atau al-hafiz.


Saya tidak kata UMNO itu salah dan PAS itu betul atau pon PAS itu salah dan UMNO itu betul. Ini adalah dua parti Melayu dan Islam. UMNO memartabatkan Melayu untuk Islam dan Pas Memartabatkan Islam Untuk Melayu. Di dalam peredaran masa dan negara menuju menjadi maju hari ini adalah lebih baik membawa kepada politik Idea, di kaya kan dengan hujah yang bernas dan berfakta. Mendidik masyarakat supaya berfikir. Jangan lah memandulkan akal fikrah masyarakat dengan politik lucah dan selak kain.

Menyebarkan fitnah dan membantu menyebarkan fitnah dalam masyarakat harus lah di hentikan. Kita perlu membawa politik baru kepada masyarakat, terutamanya masyarakat Batu Kurau, kerana kita orang melayu, mejority orang tempat kita adalah Orang Melayu dan Beragama Islam. Malah di kalangan kita ramai yang ada hubungan darah (adik beradik) jadi mengapa kita perlu membawa orang luar untuk memecah belah kan hubungan kita?

Perlawanan antara PAS dan UMNO di Batu Kurau adalah perlawanan adik beradik, politik ini kena ada, supaya kita mengkritik secara positif dan menjadi cermin untuk menyuluh muka. UMNO menyuluh muka PAS dan PAS menyuluh muka UMNO. Selain itu Masyarakat kita dapat membuat pilihan.

Bila pemimpin memberi didikan yang baik InsyaAllah masyarakat akan menjadi baik. Tak kira PAS atau UMNO. Memang kita akui ada yang jumud di dalam politik, maklumlah di kampung masih ramai lagi yang belum celik ilmu politik. Pemimpin yang baik akan mendidik masyarakatnya ke arah kebaikan tak kira mereka itu penyokong PAS atau UMNO.

Mana orang apatah lagi pemimpin yang menghalalkan atau tolong menyampaikan fitnah, cubaab mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram perbuatan nya.

Peringatan dan hukum dari tuhan sangat jelas Al-Quran dalam Surah An-Nur ayat 19 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita yang memalukan orang Islam (termasuk juga) dalam mana-mana orang, maka bagi mereka itu adalah azab Allah di dunia dan di akhirat Allah mengetahuinya sedangkan kamu tidak mengetahui”.

Malah kalau kita merujuk kitab fiqah ‘Man Haj’ Mazhab Shafie;“Dan diharamkan ke atas orang Islam menyebarkan berita yang memalukan kepada seseorang sama ada ianya benar atau bohong. Kalau ianya benar maka ia telah membongkar dan memalukan orang itu dan orang itu adalah haram. Kalau tak benar dia telah memfitnah orang, maka kedua-duanya itu diharamkan”

Allah swt juga berfirman “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.“
( Alhujuraat : 6 )

Nanum apakah ceramah Umi hari itu semua nya benar tentang kes Anwar Ibrahim. Apakah cerita-ceritanya itu benar belaka. Jika ia nya adalah fitnah siapa yang menanggung dosa. Dan kiranya bala Allah turun ia tidak mengira kamu orang PAs atau Orang Umno semua akan kena.. Nauzubillah..

Tidak kira siapa penganjur atau siapa yang terlibat tetapi pemimpin lah orang pertama yang harus menolak ceramah seperti ini. Apatah lagi ceramah yang langsung tidak membuka minda masyarakat.

Harap selepas ini dapat lah kiranya umno atau PAS menganjurkan ceramah motivasi kepada masyarakat atau pun ceramah agama. Berilah Motivasi kepada para penduduk supaya mereka bersemangat untuk bekerja dan meraih kejayaan. Berilah Motivasi kepada anak-anak sekolah supaya mereka bersemangat untuk belajar.

Panggil lah Pejabat tanah, Ustaz untuk berceramah pasal pembahagian harta pusaka, supaya masyarakat faham akan hukum agama dan cara pembahagian harta pusaka, Supaya mereka tidak bergaduh dan harta pusaka tidak di simpan tidak di bahagikan sehingga puluhan tahun.

Berilah ceramah atau buat lak kem motivasi untuk anak muda, supaya mereka dapat mengelak diri daripada gejala sosial seperti penagihan dadah dan lumba haram. Beri Ceramah kepada mereka tentang peluang dan ruang yang di wujudkan oleh kerajaan untuk mereka.

Kerana sesetengah dari masyarakat kampung kita masih tak faham dan tak tahu peluang-peluang yang di wujudkan oleh kerajaan. Peluang dan ruang untuk mendapat kerjaya, peluang berniaga dan lain-lain peluang.

Sekolah rendah haruslah di jadikan sekolah angkat kepada Universiti. Tidak kira universiti mana. Tetapi peluang yang cerah adalah UiTM. Setiap Falkulti atau persatuan di universiti tersebut jadikan setiap sekolah rendah di kawasan DUN Batu Kurau Sebagai Sekolah Angkat. Kalau UiTM boleh hantar pelajarnya untuk di jadikan anak angkat kepada orang kampung kita kenapa sekolah tempat anak kita mengaji tidak boleh di jadikan sekolah angkat kepada mereka.

Sekolah angkat ini bertujuan untuk para pelajar UiTM ini memberi khimat Masyarakat. Membantu para pelajar sekolah ini tentang kaedah dan cara belajar yang betul. Memberi Motivasi. Kerana apa yang saya lihat budak kampung kita gagal bukan kerana mereka tidak pandai, tetapi kerana mereka tiada motivasi dan tidak memahami kaedah dan cara belajar.

Kalau tak percaya cuba pergi sekolah rendah dan tanya murid tahun satu sampai tahun enam apa cita-cita mereka. Pasti ramai yang menjawab Askar dan polis. Tetapi berapa ramai yang menjawab nak menjadi pegawai polis, atau pegawai Askar. Atau pun pagi-pagi tadi semasa nak datang sekolah dia lihat orang TNB dok repair feeder Pillar maka dia pon kata saya nak kerja TNB. Tetapi dia tidak menyebut nak jadi engineer TNB atau pengurus TNB.

Kefahaman dan didikan seperti ini lah harus kita terapkan, supaya Masyarakat Batu Kurau menjadi cemerlang dan gemilang...
dipetik dari blog : http://tabuans.blogspot.com 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita