Anak Melayu - Asnita Hashim Banggakan Malaysia
Asnita Hashim Banggakan Malaysia.
Siapakah Asnita Hashim? Beliau merupakan Pelajar Unversiti Teknologi MARA (UITM) Malaysia yang peserta Pusingan Akhir Persidangan Pelajar Antarabangsa Kapersky Lab 2011 bertemakan ” Keselamatan IT Untuk Generasi Masa Hadapan” yang berlangsung German pertenggahan Bulan april Lalu.
Kapersky Lab telah mengadakan persidangan pelajar ini bagi mengiktiraf professional keselamatan IT dari seluruh dunia mengembangkan pandangan pengaturcara muda dan mencari bakat Penentang ancaman IT.
Sila terjah juga Tips Membeli Laptop.
Asnita Hashim telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “The Integration of Short With K-Means Clustering Algorithm To Detect New Attack”. Pada persidangan itu asnita hashim telah memenangi anugerah khas juri persidangan tersebut.
Silalah Baca juga Cara Cegah Virus Masuk Dalam Sistem Komputer.
walaupun hanya memenangi anugerah khas tetapi kita harus merasa bangga kerana mempunyai anak muda yang idea kreatifnya diktiraf dari pakar keselamatan IT dari seluruh dunia.
Berikut petikan dari berita harian online;
PELAJAR Malaysia, Asnita Hashim yang juga, naib johan Piala Kaspersky Lab Asia Pasifik & MEA 2011, mewakili rantau ini dalam Piala Antarabangsa Kaspersky Lab Asia Pasifik & MEA 2011 di Munich Jerman.
Penyertaan pelajar Ijazah Sarjana Sains Matematik dan Komputer, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada persidangan antarabangsa itu membuktikan idea pelajar universiti tempatan setaraf institusi pengajian tinggi global.
Persidangan bertemakan `Keselamatan IT Untuk Generasi Masa Depan’, berlangsung tiga hari bermula 13 Mac ini, mengumpulkan lebih 250 delegasi.
Masing-masing terdiri daripada pelajar dan ahli akademik yang dibawa khas untuk sesi bertukar fikiran, idea dan sekali gus mencari penyelesaian berhubung isu semasa terutama membabitkan jenayah siber.
Ketua Program Pendidikan Kaspersky Lab, Svetlana Efimova, berkata persidangan tepat pada masanya, ketika dunia berhadapan ancaman siber hingga menjejaskan ekonomi pelbagai sektor.
Kaspersky Lab, peneraju perisian keselamatan kandungan dan pengurusan penyelesaian ancaman internet berpangkalan di Moscow, Russia, inisiatif itu sebagai langkah awal menangani masalah daripada berterusan.
Berikutan itu, beliau berkata, sumbangan peserta terutama daripada golongan akademik begitu diharapkan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai usaha mengesan jenayah siber, aspek perlindungan serta soal perundangan. “Sebanyak 16 penyertaan dari rantau ini disenarai pendekkan. Pembentangan pelbagai isu merangkumi aspek teknikal, sosial dan isu perundangan kepada barisan panel hakim.
“Penilaian dibuat berdasarkan prestasi pembentang termasuk kesan kertas kerja terhadap sosial selain aspek kewajaran sesuatu projek.
“Turut dinilai, kemampuan peserta dalam membentangkan konsep dan idea dengan penuh yakin selain kemampuan menjawab soalan panel hakim,” katanya.
Panel hakim pada sesi saringan peringkat Asia yang berlangsung di UiTM, Shah Alam, baru-baru ini mengumumkan Mansour Ahmadi, pelajar Universiti Shiraz, Iran sebagai juara manakala Oluwafemi Oriola dari Universiti Ibadan, Nigeria, tempat ketiga.
Sementara itu, Asnita berkata, dia gembira apabila berjaya meraih tempat kedua. Tahun lalu dia turut menyertai persidangan pelajar dan berjaya menduduki tempat ketiga dalam Persidangan Pelajar Antarabangsa.
“Saya berazam melakukan yang lebih baik pada Piala Antarabangsa tahun ini. Ini adalah peluang kedua untuk saya membuktikan kemampuan.
“Penyertaan ini meningkatkan kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri bagi membolehkannya terus bersaing dalam industri yang begitu mencabar,” katanya.
Pertandingan begitu sengit bukan saja kerana merebut hadiah wang tunai AS$1,000 (AS$1=RM3.03), AS$800 dan AS$500 untuk tiga tempat teratas, tetapi yang lebih bermakna ialah peluang mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa
Silalah Terjah Malware Telah Menyerang Blog.
Selamat Maju jaya buat asnita hashim dan terima kasih kerana Banggakan Malaysia.
Sekian.
laporan asal : http://www.myglobalnetworks.com
nota :
macam ni la 'talent' yang patut dijaga oleh kerajaan....
Ulasan
Catat Ulasan