Apa Hal Pulak Ni, PEKIDA Nak Saman Penerbit & Pengarah Filem 'Kongsi' & 'KL Gangster '


by MAMAT on 11/06/2011


PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul
Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul
Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
“Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Pekida dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini.
Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.
Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.
“Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.
“Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat,” ujarnya kesal.
Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.
“Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.
“Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

info both film :

blog PEKIDA : http://www.pekida.org 

FASAL 2
 TUJUAN/ MATLAMAT: PEKIDA

2.1   Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis.

2.2   Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

2.3   Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta.

2.4    Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.

2.5    Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam.

2.6    Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum. 


nota : 
kenapa nak kena gaduh sesama Melayu...
2 anak muda MELAYU yang ada talent dan baru nak buat nama, buat duit sikit, budak
budak crew MELAYU pun ada keje, banyak filem sekarang...ekonomi pun bagus
untuk industri seni negara,  
mesti ke sampai nak saman menyaman....
malu la bangsa lain tengok, 
cari je la penyelesaian sebaik mungkin......

gua cuma memberi pandangan, kalau nak dengar, kalau tak nak....gua nak buat
macamana.....sendiri pikir la beb, lu orang pun dah tua....
jangan la jadi sebab satu nota komen ni pun lu orang nak saman gua
pulak.......cuit cuit sikit je....huhuhuhuh...

'AkarUrat'...'makan dalam' 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita