Berapa ramai anak muda yang faham MEB - Model Ekonomi Baru?

1. Saya sangat bimbang dengan delivery system negara ini. Dasar cukup baik dan sempurna namun bagaimana dengan sistem penyampaian dan kefahaman kepada rakyat.Berapa ramai anak muda yang faham MEB - Model Ekonomi Baru? Boleh mengulas tentang transformasi-transformasi yang diinisiatif oleh kerajaaan? Isnin lepas 2 artikel saya termuat dalam akhbar Berita Harian dan Sinar Harian. Isunya adalah keperluan politik orang muda dan Parlimen Belia.

2. Saya mencermati Parlimen Belia dengan perasaan berbelah bagi. Di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan sudah ada Majlis Perundingan Belia. Platform ini merupakan wadah untuk pemimpin belia peringkat akar umbi menyuarakan cadangan dan keprihatinan. Berapa banyakkah cadangan yang telah diambil tindakan? atau sekadar pengulangan terhadap isu-isu yang tidak selesai?


3. Semoga Parlimen Belia tidak hanya sekadar menyejuk seketika gelora-gelora belia. 4P mesti dilayani - Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan & Perumahan.


Belia mahu suara diambil tindakan dan tidak sekadar didengar!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita