GEMPAK ASTRO 2011 - Pakej Astro Naik Lagi RM1- RM15 Mulai 11 Julai 2011 ....Setuju ke..??
Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.
“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.
“Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.
Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD termasuk Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League, EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi definisi tinggi.
Saluran baru melibatkan saluran HD pula adalah Discovery World HD, Sundance HD, sebuah saluran sukan sukan HD dan lebih banyak filem-filem dalam bentuk HD.
Program-program tempatan yang lain adalah Salih Yaacob….I Follow, MasterChef Malaysia, Ustazah Pilihan, Tutor TV dan banyak lagi program pembelajaran.
Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada.
SENARAI PENUH PAKEJ & CAJ :http://www.astro.com.my/mypackages/articles/art_5154.html
Nota :
Rasanya baru lagi ASTRO ni naikkan harga pakej dia, tak sampai 2 tahun pun pihak ASTRO ni naik harga , jap wa check kat Uncle wa...Uncle Google... pergggh memang betul...
"Berkuat kuasa 1 Ogos 2009 , penyiar berbayar terkemuka tempatan Astro, akan menaikkan harga bagi saluran sukan (811 – 814). Kesemua pakej yang mempunyai saluran sukan akan menerima kenaikan yang sama iaitu sebanyak rm12.95".....ni naik lagi....macam..siott je
Gua salah seorang pelanggan Astro turut terkena tempias yang sama. Dulu gua ada 2 akaun astro, 1 rumah 1 pejabat. kemudian gua menghubungi pihak astro untuk memberhenti langganan bulanan dipejabat sebab perniagaan tak bagus nak safe budget, tetapi tidak dapat di tunaikan sebab terikat dengan kontrak selama 2 tahun.
"Berkuat kuasa 1 Ogos 2009 , penyiar berbayar terkemuka tempatan Astro, akan menaikkan harga bagi saluran sukan (811 – 814). Kesemua pakej yang mempunyai saluran sukan akan menerima kenaikan yang sama iaitu sebanyak rm12.95".....ni naik lagi....macam..siott je
Gua salah seorang pelanggan Astro turut terkena tempias yang sama. Dulu gua ada 2 akaun astro, 1 rumah 1 pejabat. kemudian gua menghubungi pihak astro untuk memberhenti langganan bulanan dipejabat sebab perniagaan tak bagus nak safe budget, tetapi tidak dapat di tunaikan sebab terikat dengan kontrak selama 2 tahun.
Tetapi belum pun habis kontrak, astro dah nak penaikkan harga pakej yang gua langgani ni...macamana tu..???
Sepatutnya harga pakej semasa harus lah kekal selama kontrak masih berjalan (2 tahun), sebab atas kontrak gua memilih pakej RM105.95. Jadi sepatutnya itu lah nilai yang harus dibayar sepanjang kontrak.
Bagaimana Astro boleh terlepas dengan kontrak yang berat sebelah ini? Pelanggan tidak boleh mengubah (downgrade) sebarang pakej yang di langgan selama 2 tahun, tetapi Astro boleh sesuka hati mengubah yuran bulanan dalam tempoh yang sama. ADIL ke ?
Apa lagi nak naik lagi lepas ni.....Lepas ni mesti kita dengar ayat ayat yang biasa kita dengar...mesti ada yang buat perbandingan dengan negera lain..yang bayaran TV berbayar kat Malaysia ni masih lagi rendah...macam pernah dengar je ayat tu...hmmmm...
Aii...pak menteri Rais Bin Yatim....rakyat je yang terkono jang......
Aii...pak menteri Rais Bin Yatim....rakyat je yang terkono jang......
Ulasan
Catat Ulasan