METROLL NEWS - WARGA KELANTAN DAKWA WIKILEAKS IDEA BELIAU
SUNDAY, JUNE 5, 2011
Laporan asal Wan Ahmad Nizam Kamarudin
Machang - Ahad - Seorang lelaki kelahiran Machang, Encik Saif Mamat hari ini mendakwa idea laman web penyebaran rahsia dunia Wikileaks sebenarnya idea asal beliau. Saudara Saif Mamat seorang graduan Sarjana Perkomputeran Imperial College of Science and Engineering Londonmemfailkan saman sebanyak USD 30 juta keatas Julian Assenge kerana mencuri idea beliau. Menurut Saif beliau dulu teman sekelas Julian dan beliau mendapat idea untuk membangunkan lama web dimana semua maklumat yang anda mahu termasuk maklumat rahsia boleh dimuat turn hanya dengan menekan pautan pada laman web tersebut
"Saya berkongsi idea dengan Julian dan beliau bertanya kepada saya "How do we get secret information out?" Saya menjawab "We create website for it where people can post it anonymously". Julian kemudian bertanya lagi "So how do users download them?" Saya terus menjawab "we click here one the links.. like this"
Dari idea asal ini Saif mengatakan mereka bersetuju membangunkan laman web bernamaWEKELIK.COM bersama. Nama WEKELIK digunakan kerana beliau seorang anak kelahiran Kelantan yang tidak lupa asal usul. Julian kemudian secara senyap-senyap membangunkan WIKILEAKS dibelakang Saif dan sekaligus mencuri idea asal Saif.
Peguam Saif Mamat, Abdullah Akhlakhein Segaraga Esq berkata pihak beliau dilantik untuk menguruskan kes saman ini setelah Saif melihat cara pihak mereka menguruskan kes saman RM300 juta Baggio terhadap Christopher Nolan tahun lalu. Pihak Julian Assenge pula bila dihungi wakil Harian Metroll berkata;
"Julian enggan mengeluarkan kenyataan terperinci buat masa sekarang tetapi dia ada mengatakan "KAWE DOK KENA SIAPA SAIF NING.. KECEK KELATE PUN KAWE DOK GHETI. INI BUHUNG BLAKO!"
laporan asal : http://harianmetroll.blogspot.com
Ulasan
Catat Ulasan