Rancangan wanita Islam Safiyya TV9 lari jauh daripada konsep Islam

Saffiya TV9 merupakan rancangan wanita terbaru di TV9. 
Saffiya TV9 ke udara pada setiap Ahad jam 7 hingga 8 malam. 


Penulis kecewa dengan sebuah rancangan berbentuk majalah iaitu Safiyya di TV9. Petang tadi penulis secara tidak sengaja menonton rancangan tersebut. Konsep dibawanya adalah bagus dan menarik tetapi rasanya pada minggu ini salah satu segmen tersebut tidak sesuai dengan konsep Islam. 


Tidak salah penulis segmen tersebut adalah santai atau personaliti. Hari ini rancangan tersebut mendekati isu wanita dengan kereta mewah. Namun yang mengecewakan adalah pemilihan personaliti tersebut. Penulis bukanlah menidakkan kemampuan personaliti perempuan tersebut tetapi merasakan ianya tidak sesuai dengan rata-rata masyarakat Islam di Malaysia.


Perempuan berusia 20an tersebut amat minat dengan kereta mewah dan memiliki Aston Martin dan Mini Cooper. Namun kemampuannya memiliki kereta tersebut adalah hasil kekayaan ibubapanya. Malah kereta Mini Coopernya adalah hasil pemberian bapanya atas kejayaanya lulus cemerlang di Universiti. Kereta tersebut di beli tunai sebanyak RM200 ribu. Wow!!! Kemewahan yang melampau.

Persoalannya adakah rata-rata ibubapa di Malaysia semewah itu? Jika remaja perempuan menonton rancangan ini apa yang mereka fikirkan. Adakah mereka terdorong dengan kejayaan perempuan ini atau terdorong untuk memiliki material yang ditonjolkan. Seharusnya sebuah rancangan yang baik penerbitnya memikirkan impak kepada penonton. 
Kemewahan yang ditonjolkan tidak mendekati realiti masyarakat di Malaysia. Penonjolan kemewahan yang melampau tidak mencerminkan Islam yang sebenar. Kemewahan ini adalah fantasi dan melupakan kesusahan realiti sebenar. Realiti sebenar adalah masalah remaja perempuan Islam yang terjebak dengan perkara maksiat serta pembuangan bayi, pergualan bebas dan banyak lagi.

Safiyya adalah bermaksud “kawan baik” dan rancangan ini membincangkan bermacam isu berkaitan wanita. Malah rancangan ini dikatakan akan menjadi “trendsetter” bagi “modern Islamic women” dengan segmen berkaitan fesyen, kecantikan, santai, personaliti, beita dan isu. Penulis berharap pada siri akan datang akan lebih banyak info yang sesuai diketengahkan. 

laporan asal : http://www.cayrul.com

nota : belum tengok...lepas tengok nnt wa komen.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Top 5 Cydia Sources to Get Cracked iPhone Apps

The Mechanic (2011) BRRip...Movie Download

Keajaiban Angka 9 (Sembilan) Pada Kedua Telapak Tangan Kita